Rabu, 6 Januari 2010

Bermulanya Sebuah Perjuangan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan pemilik sekalian alam, Selawat dan salam buat

junjungan besar Nabi Muhammmad S.A.W., ahli keluarga baginda,

para sahabat dan solafussoleh.


Akhirnya setelah mengambil masa yang lama,

saif dapat juga membuat satu lagi blog untuk pengisian bersama.

Medan dakwah bukan setakat berceramah ditv, di masjid

dan sebagainya, tapi di alam maya ini juga kita mampu untuk berdakwah.


Dalam blog kali ni, saif menggelarkan diri sebagai saif atas sebab

maksud saif tu sendiri.

Ia bermaksud pedang. Dengan mengambil maksud inilah,

diri saif telah mengambil satu langkah berani untuk terus menyebarkan dakwah

di alam maya ini sekalipun bukan di medan perang yang sebenar.


Tajuk dan nama link ini hasil perbincangan dengan seorang sahabat

yang mana sahabat ini cukup istimewa bagi saif.

Dia memberi kekuatan dan dorongan saif untuk terus menulis dalam blog.

Syukran ya ukhti Ayuza bt Norsham.


Insya Allah dalam penulisan kali ini, saif akan kongsikan

ilmu-ilmu yang membawa kita "Menjejak Cinta Teragung".

YA ALLAH, kau permudahkan urusanku dalam memperjuangkan ilmu

serta dakwah di alam maya ini.


Semoga apa yang saif tulis selepas ini akan dapat

memberi manfaat kepada semua.

Tak kesah lah kalu apa yang saif akan post nanti, datangnya dari saif sendiri atau orang lain.

yang penting perkongsian ilmu itu penting.


p/s: sesungguhnya diri ini hanya insan yang lemah lagi hina, kalu ada tersilap dan salah silalah tegur secara berhikmah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan